Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh,
Kami warga PIBG memohon sumbangan kewangan daripada tuan/puan sekadar yang termampu demi menaikkan prestasi pelajaran anak-anak SK Kebakat yang rata-rata adalah terdiri daripada keluarga miskin.
Untuk makluman tuan-puan murid sekolah ini terdiri 100% melayu dan 60% daripadanya adalah mereka yang miskin yang memerlukan bantuan, untuk memastikan mereka dapat mencapai kecemerlangan sebagaimana murid-murid dari golongan berada . Pelajar di sekolah ini hanyalah berjumlah 425 orang dari tahun 1 hingga 6.
kami amat berharap agar sudilah kiranya tuan puan dapat menghulurkan sumbangan sekadar yang termampu bagi kami PIBG melaksanakan pelbagai program demi kejayaan anak-anak sekolah ini dan sekaligus dapat menyaingi anak-anak dibandar sana.
SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI CEK ATAU TUNAI KEPADAPERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SK KEBAKAT
NO AKAUN :
BANK : Bank Islam Malaysia Berhad
( Cawangan Wakaf Siku)
Di atas sumbangan yang dihulurkan kami PIBG SK Kebakat mengucapkan jutaan terima kasih. Hanya Tuhan yang dapat membalas budi baik tuan/puan.
Wassalam.,,